Thursday, April 26, 2012

result . . . knape mcm ni..? =(

salam readers . . .
=oo= mOrning,,
lenguh nye kaki muiz... flanil dtg membantu... cehh,,

ok... this entry KHAS dikarang buat rakan2 n juniOurs yg baru je dpt result...
n off cOurse my sis... muahahaha...
pssstttt,, die belOm check lagi...

dah dapat result..??
if done baru boleh bace n fOllow these steps...

BISMILLAH,,
first,, jOm same2 kita breathing... READY..??!
breath IN . . .
breath OUT . . . huhhhhhh . . .
say ALHAMDULILLAH . . .

xikhlas yew..??
xpe2... jOm layan karangan muiz ni...

after korang bace,, TUTUP mata tu,,
this entry for all... muslim and non-muslim...

masih ingat saat dimana mula2 anda pijak bumi menara gading..??
masih terbayang wajah ibu atau ayah saat anda sibuk mengemas barang dn mengiringi kamu ke institusi pengajian..??
cuba kita ingat kembali,,
those yg dpt result TEROK,,
anda nk BERPUTUS ASA..??
silap besar kalau anda mahu berputus asa...

kenapa along ckp mcm tu..??
sbb alOng insyaALLAH memahami thOse yg dpt result kurang baek or terOk...
2.11 > along pernah dpt pointer ni tau x..??
readers,,
xsalah kalau kita mahu menangis...
those nk menangis sekarang,, along nk anda menangis puas2..!
sebab selepas ni,, anda mesti berjanji,,
xperlu pergi jauh,, berjanji pd diri sendiri,,


" jatuh aku hari ni bukan bermakna aku menyerah...
kegagalan waktu ini akan menjadi motivasi buat kejayaan masa depan"
(amin,, along doakan)

air mata yg jatuh hari ni,, pembakar semangat utk aku lebih berusaha . . .

sabarlah . . .
for muslim,, ambil wuduk n cuba selak surah al-Baqarah,,
ayat terakhir,, cari makna nya...
jap,, along tolong anda . . .
along syorkan anda miliki quran bertafsir,, byk faedahnya... believe me...
along syOrkan keluaran House of Quran,, selangor klau xsilap (along ade2... weee)


2. ( Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.


baca lah kuat2,, biar sampai dgr oleh telinga tu... jadikan ia dOa . . .
along pon pernah gagal...
ALLAH tu MAHA MENGETAHUI...
insyaALLAH... kegagalan tu dtg utk mengajar anda bagaimana caranya utk BERJAYA...



amalan ke-2 if along ditimpa musibah atau sedih,,
along akan bace yasin n PALING penting,,
bacalah maksud doa selepas yasin KUAT2..!
*kita sebenarnya terlepas pandang sbb kita x tahu maksudnya...

along tolong carikan... skjp ye... maaf panjang...
insyaALLAH readers xkn rugi if bace... bacalah... =)

-Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.

Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara.

Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan–Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.

Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.

Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan".

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.-

subhanALLAH... betapa kuat erti dOa yasin bukan..?
menangis lah puas2 dlm dOa,,
insyaALLAH ALLAH dgr rintihan anda,,
along bantu sekadar yg mampu...
along ni manusia biasa mcm readers jugak,,
malah,, melakukan kesilapan berulang kali lagi,,
titiskanlah air mata tu di hadapanNYA . . .

readers,, kuatkan hati tu,, along insyaALLAH memahami...
ketahuilah,, kegagalan itu bukan titik nokhtah dlm perjuangan...
muhasabah diri dan cara study kembali ye...
if ade yg fikir,, "aku dh usaha dah,, xtau mane silap" =)
ALLAH mahu duga tu readers...
ALLAH tu MAHA ADIL...

disaat kita jatuh dan tiada siapa yg menghiraukan kita,,
ingat dan yakin lah yakni ALLAH sentiasa bersama anda...

salam kebangkitan dari along@muiz . . .
ayuh..!

 B     A     N     G     K     I     T   !


No comments:

Post a Comment