Tuesday, December 24, 2013

kembali . . .

salam,,
dah lama xsentuh blog,,
xtulis entry...

sihat kah anda semua??

kali ni along menulis tatkala musim exam amat hampir...
skrg ni "study week"...

sem ni,, hurm,,
amat mencabar sbb ada statistic n finance..
=oo=

dan dalam suasana yg serba busy,,
alhamdulillah along berjaya turut serta bagi menjayakan dinner
"Malam 1001 Kenangan BioSA 2013"
alhamdulillah...

dan semester ni juga,,
pada penghujung sbnrnya,,
dapat rakan n family BioSA yg baru...

dalam ramai2,,
ada yg menegur tentang blog,,
terkujut lah along.. sbb blog along bkn hebat pun..
anyway,,
smlm along pula yg ambil masa untuk menyusuri kembali entry along yg lepas2...
mcm xpercaya,,
masa amat pantas menjadi sejarah..

dan tergerak tulis entry ni sbb =(
ade org tgh sedih...
n along elergik tengok org sedih,,
i'll become panic..
=.=' not sure why...

"sabarlah",,
kata yg amat mudah dilafazkan,,
tapi amat sukar utk dizahirkan...

insyaALLAH,,
=) DIA bersama org yg sentiasa mengingatiNya..

along,,
me,, i'm not a good guy..
n i'll not pretend to hide my real self..
moga DIA menerima along,,
sbg hambaNya yg lemah dan hina..

=)
mari kita kembali,,
kembali pada DIA..
kuatkan semangat, hati dan iman

nyte2 n salam dr along,,
"a little beginner"


dah lama xbagi ucapan rasmi...


berisi =.='


my team =) 


teman rakan sedondon


mereka,, =)


seniors yg banyak mengajar =)

nak tengok lg banyak???
usha/visit my facebook, album Malam 1001 Kenangan BioSA 2013





Tuesday, November 26, 2013

Rapat Umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014



salam n a very good evening 
=)

saya ambil kesempatan utk menyuarakan pendapat setelah menghadiri sesi Rapat Umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014

1) Saya agak kecewa kerana kebanyakan calon tidak berani utk menyatakan dasar perjuangan mereka. Manifesto yg dibawa juga rapuh. Kenapa sehingga begitu saya katakan?? Apakan tidak,, ada calon (kebanyakan) yg menyuarakan masalah atau isu tapi sayang tiada idea utk menyelesaikannya,,
contoh,, "mari kita kumpul semua idea bagi menyelesaikan masalah bas" terhenti di situ...
ia amat kabur. Masih saya ingat calon kepimpinan sesi 2012/2013, saudari Intan Zawanah Eshaap,, beliau menggariskan dan memfokuskan masalah berbangkit ini,, dan melontarkan idea beliau agar disediakan "van2 kecil lagi molek" utk meringankan masalah tersebut..
Itu baru saya katakan manifesto.

2) Dalam kekecewaan,, timbul harapan,, 2-3 orang calon "benar2" menyuarakan manifesto mereka.. Suka untuk saya kongsi...

-mewujudkan sebuah lagi cafe di Menara Ilmu atau Ujana Sarjana bagi mewujudkan persaingan kepada cafe di Menara Ilmu. Hal ini difikirkan mampu meningkatkan mutu perkhidmatan cafe di Menara Ilmu dan pada masa yang sama menambah pilihan kepada mahasiswa/i
-hal semasa,, fokus kepada isu kemudahan tandas(mahasiswi) tidak kesemuanya yang dibuka. Bagi menampung kapasiti pelajar, tandas tersebut wajar dibuka.
-Disediakan peti2 aduan dan cadangan dan keterbukaan MPP akan dtg utk turun padang mendengar suara pelajar

3) Menjadi harapan warga kampus, barisan yg akan dipilih benar2 menjadi majlis perWAKILAN PELAJAR MPP (saya capital kan yg penting)..

SYABAS,, saudara/i berani menyahut cabaran dan selamat menunaikan amanah yg diberi..
InsyaALLAH,, kami berdiri dibelakang saudara/i selagi kalian terus berbakti.

buat rakan2 mahasiswa/i,,
"selamat mengundi"


Saturday, September 28, 2013

muka tenang bersahaja . . . dlm hati . . .



muka tenang bersahaja,,
dlm hati x siapa pun dpt meneka...

muka tenang bersahaja,,
dlm hati terbuku seribu rahsia...

muka tenang bersahaja,,
dlm hati pendam dendam membara...

muka tenang bersahaja,,
dlm hati tangisan tanpa air mata...

muka tenang bersahaja,,
dlm hati penuh pengharapan Maha Esa...

-muka tenang bersahaja,,
dlm hati hanya DIA mengetahuinya...

penat beribu bicara,,
kalam pendek memendam makna...

-a little beginner-

doakan along ye =)

Wednesday, September 25, 2013

simple, bermakna . . .


mata kian rabun,,
kudrat kian lesu,,
lidah makin kelu,,
hati lagikan sayu...

-sayaakancubayangterbaik-

Monday, September 16, 2013

- b e r m u l a -



kisah tahun akhir ku bermula,,
moga ia penuh dgn senyuman dan kejayaan..

kisah hati,,
biarkanlah ia kekal menjadi misteri,,
kelak sampai masanya terungkailah ia..

doakan perjuangan diri ini 


-insan kecil berjiwa besar-

Thursday, September 5, 2013

Kenyataan Rasmi

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pejabat kecil di kediaman yang usang,, 

"saya post2,, bukan lah bermakna saya anti kerajaan.. TIDAK,, saya bukan anti kerajaan.." 
- kenyataan rasmi

-kita perlu persoal dan bersuara agar mereka yg mentadbir lebih berhati2... 
"wah,, rakyat dah buka mata dan cakna sekarang,, kita perlu meminimakan kesilapan" 
itu yang saya harapkan..
-dewasa ini,, saluran "online" (dengan izin) menjadi saluran paling mudah bagi pihak rakyat 
dibawah atau di "akar umbi" menyuarakan pendapat.
-dan,, saya tidak menolak fakta bahawa saluran ini juga memberikan kesan negatif sekiranya

 mereka yang memberi ulasan tidak dapat menjaga emosi atau ketertiban semasa proses dilakukan.

inshaALLAH saya dahulunya,, masih,, dan selamanya,,
SAYANG Malaysia...
Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku

Tuesday, August 6, 2013

hadiah buat IBU

alhamdulillah...
along dapat rezeki lebih semester lepas,,
after berkali2 refresh sampailah terlena sebentar,,
dan check result dlm jam 3,,
dapat akhirnya along access result...

buat ibu,,
ini hadiah along utk ibu...
=)
"along usaha yg terbaik,, ada rezeki lebih"






alhamdulillah....
bersyukur sgt2...
dlm masa yg sama TAKUT sangat2...
=.='

sebab along bukannye jenis "ulat buku"...
study ikut gaya sendiri,,
xberani nak janji yg result sem depan akan ok,,
TAPI,,
"inshaALLAH along akan usahakan yg terbaek"

=)
salam hari akhir Ramadhan dan
Salam Lebaran...