Friday, April 25, 2014

mengantuk =.='

salam readers
(padahal x ramai pun) haha
kui3... =3

along mengantukkkk,,
plus kurang sihat,,
tonsilitis,, yg mana dh laaaamaaa xkena
=.='
mcm biasa,, akan disusuli dgn demam..


skrg tgh sibuk siapkan bahan presentation hari isnin,,
esok pagi ad kelas neuro sampai jam 11,,
jam 2 ptg gerak ke site,, (Kota Belud) utk ambil sample,,
inshaALLAH minta tolong rakan utk drive,,
sbb mata dh sembab sgt ni..
*nk menangis tapi xmampu

pressure,, stress,, just name it..
tapi masih cuba utk tangani dgn perlahan,,
dgn kesabaran...

2 benda nk share,,

1) along baru je lepas masuk air,, *setelah lama xmasuk air,,
pergi "stalk" dia.. harammm,, bukan dpt stalk pun,, BLOCK
haha mampos aku lepas ni kena parang dgn pkwe dia
=3


haha 
salah aku sape suruh cari nahas,,
tapi nak buat mcm mana.. =.='


susah,, payah,, xterkata..
penjelasan tanpa bait kata (aisehhh)


doakan bersama =)



BILA UNGKIT SOAL NI,,
MESTI







dan akhirnya,,
seperti biasa dlm 2 tahun..





2) org yg pernah jadi kwn rapat along,,
terkilan sedikit sbb tidak langsung ditegur,,
dlm marah dan benci,,
masih ada soal ingin tahu,, rasa mahu menegur...


=) mata dh mengantuk,,
esok kelas pagi =.='
Dr. Low,, saya ambil mc esok,,
doakan tonsilitis beransur ok,,
at least,,
JANGAN la batuk,,
bukan xsuka,, cuma alergik dgn ubat batok =.='
*ibu bkn nye tau pun klau along xmkn ubat batok haha

nyte2 n salam readers,,
along doakan yg terbaik buat kita semua..
amin





Monday, April 14, 2014

tgh malam

xd kerja *konon


sedih... =(



mcm pernah tengok wktu remaja dulu 



persahabatan, jika mahu membantu xsemestinya berharta 



hebat bdk ni... mendalam maksud nya..


i hope i'll be rich =)

salam readers =)
agak lama xsentuh blog,,
sbb along busy dgn final year project

jom layan inspirational video . . .


Monday, March 31, 2014

new blog ?? maybe


jika hidup ini kita infakkan utk membenci org,,
R U G I
dan itulah yg telah terjadi pada saya akhir2 ini...
jika kita terus mencari salah siapa,,
maka tidak akan berakhirlah kebencian tersebut...

ikhlas,,
saya rasa tidak tenteram jika membenci org,,
waima saya percaya perkara tersebut bukan salah saya (ego)..

"saya minta maaf"
moga hati ini mula merasai ketenangan yg telah lama hilang,,
moga jika diri ini dijemput kembali,,
paling kurang tidaklah terlalu berat dosa sesama insan yg ku pikul...

aku cuba meletakkan ego pada manusia di bwh,,
kerana siapalah aku utk membenci insan lain,,
kerana aku hanya lah seorang hambaNya...


"maafkan diri ini,, dunia dan akhirat"


-along ad post dkt fb sebelum ni =)
*minggu ke-5 sem akhir,,
berhajat nak create n post dkt blog baru,,
yg mana mungkin permulaan dan buku baru...

insyaALLAH,,
dlm masa terdekat sbb busy sgt kebelakangan ni

nyte2 n salam readers

maafkan along ya . . .


Thursday, March 13, 2014

- T I D A K -

Ak sedih sgt,,
kau boleh ckp ak nak buat semua org benci kau,,
klau lah benar,, dah lama aku lakukan,,
dan akan ku bongkar pada ibu dan ayah kau,,
dan akan aku tulis secara jelas dan mempengaruhi org lain agar membenci
kau di blog ni,,
dan akan aku jumpa pensyarah pada hari pertama lagi...
-adakah aku melakukan semua itu??

                T I D A K

Aku masih mampu pujuk diri,,
walau bkn aku yg melakukan kesalahan,,
hati aku remuk tp kerana aku sedar yg aku pernah kenal kau,,
aku pujuk dan sejukkan hati,,
turun jumpa kau,, walau hati aku remuk,,
ak jelaskan semua yg wajar kau lakukan,,
aku beri kau masa dan ruang,,
1 minggu pada mulanya,,
xcukup,, aku tolerate pula tu,,
2 minggu...

siapa xgeram,,
aku org yg paling terkesan dgn penipuan kau,,
yg paling berabis masa,, wang dan perhatian utk kau..
dan semua itu aku lakukan atas dasar kwn...
yg dulu xpernah ku ceritakan dan ku ungkit pada sesiapa..

Mcm mana aku xgeram klau kau terus menjadi ketua,,
klau kau terlibat dlm sbrg acara sbg ketua,,
klau kau petah memberi nasihat,,
klau kau lancar memberi arahan,,
waima kalau kau tenang memberi tazkirah,,
mcm mana aku nak menerima??!!

mmg bertambah sakit hati bila diri dituduh nk mmbuat org benci pd kau,,
padahal dlu,, aku pernah hanya diam walau dibenci org lain sbb kau,,
malah aku pertahankan kau di depan ibu dan ayah ku,,
"mungkin cara dia pelik,, tapi along tahu NIAT DIA BAIK"
aku xpernah berhabis mempertahankan seorang kwn,,
walau pernah keluar di bibir mereka,,
"along,, jgn rapat sgt dgn dia,, berkwn x apa,,
 bkn apa,, nnti along yg pening kepala"

Moga ALLAH menjelaskan semuanya,,
aku cuba bersabar,,
dan kdg-kala aku xdpt bertahan,,
hingga mood FYP (final year project) aku terganggu bro..

terima kasih !@#$%

*ketahuilah,,
jika benar aku mahu membuat atau mempengaruhi org agar membenci kau,,
dari hari pertama aku dah lakukan..


Wednesday, February 5, 2014

soal hati . . .


mata hanya mampu menilai luaran,,
bentuk fizikal, rupa paras, riak wajah, tingkah-laku,,
tapi soal hati xmampu ia meneka,,
niat, keikhlasan, kejujuran, kasih-sayang, keimanan,,
-oleh itu,, jgn lah bersedih andai mata manusia bulat2 menghukum atau menghina anda,,
kerana ALLAH tahu,, akan soal kedua-duanya.. 

-a little beginner-











*duduk merehatkan kaki yg lenguh,,
penat setelah berjalan bersama sahabat...

bila cerita dikongsi,,
kenangan lama ter imbas kembali,,
bukan mudah wahai sahabat dugaan diri ini,,
soal hati masih sukar utk ditangani..
"doakan along"
itu dipinta,, moga perjuangan along dipermudahkan Ilahi . . .


Tuesday, February 4, 2014

bila terpandang,, sayu..

salam readers..
semoga semua sihat ya =)
along dkt Melacca Sentral,,
waiting for my old palam friend,,
ezzudin@din
bersemangat dia ajak lepak,,
sanggup turun dari KL,,
konon nak jog kt Taman Botani
soo,, along bwk baju spare...

alhamdulillah sihat dia =)
org tgh happy lah katakan...

dan-dan (bahase org melaka) means elok-elok
lepak pagi ni,,
terpandang facebook seseorg...
haishhh...

along kena tarik nafas panjang,,
just few more days to 2 years,,

bunyi pelik dan janggal,,
tapi jauh disudut hati,,
terasa rindu..

dugaan mungkin,,
buat diri yg mghitung hari,,
bkn nak kawin,,
tapi nak membesar,,
not in size,, which already big 75kg now,,
dari segi umur... 22 kalau xsilap,,
haha

sbb along emo pagi ni,,
along petik kata2 UAI,,
"soal hati,, ianya diluar kuasa dan kawalan manusia"
semoga along tabah,,
=)

-xsalah menyayangi seseorang,,
cuma terkilan,, tidak dapat memilikinya...

*entry Sogo menyusul bila hati mulai tenteram ok,,
aisehh...

bye2 n salam readers

Sunday, January 26, 2014

kaya & miskin

salam readers...
=)

along uruskan permohonan UPU adek,,
si kak teh ni...
dlm perjalanan pulang,,
jam 11 malam,,
along terlihat seorang bdk kecil,,
perempuan,, lena beralaskan tangan di meja gerai kecil,,
lena dia lelap(tidur) walau dalam sejuk malam,,
walau nyamuk bebas merayau,,
ibu bapa dia buka gerai sate...

along sebak,,
-knape lah pulak kan..??
me,, entah la...
terasa kasihan,,
sbb,, dulu along pun pernah kerja gerai,,
tolong makcik jiran,,
1 hari upah RM5...
balek dari sekolah terus ke gerai,,
kwn2 laen maen kt padang,,
mampu memandang je lah jwb nya...

dulu,,
along pernah malu,,
along pernah mengeluh,, (byk kali)
"kenapalah family aku susah",,
"kan best kalau kaya",,
bdk kecil kan,,
kurang matang pemikirannya,,
alhamdulillah,,
dgn sederhana kehidupan,,
ayah dan ibu lengkapkan diri along dgn ilmu,,
duniawi dan akhirat(tahfiz),,
cuma syg along xsambung part tahfiz skrg...

skrg,,
along alhamdulillah xmalu utk mengaku,,
"dulu aku kutip tin"
"dulu aku kerja gerai goreng pisang"
"dulu aku naik motor tolong ayah bawa kampit beras"

sbb sikit demi sedikit,,
along kenal erti sebenar kehidupan...

kisah dan perjalanan hidup along insyaALLAH masih panjang*
*dgn izin ALLAH
byk perkara yg along nak buat,,
along mahu kehidupan yg sedikit berharta,,
dgn harta tersebut mampu utk along membantu insan yg senasib dgn along,,
mampu utk along beli sate adek tadi,,
mampu utk along sumbangkan kerusi roda utk adek dlm entry dulu,,
mampu utk along menunaikan haji dan umrah,,
mampu utk bersandar pada tiang masjid utama,,
menikmati ketenangan di dalamnya,, =) alangkah nikmatnya...
itulah impian along...selain daripada membantu keluarga dan adek2...

sebenarnya,,
duit dan harta itu adalah "tools" / alatan semata2,,
xterbawa ke liang lahad,,
xterpikul ke padang mahsyar...

along bersyukur sgt2,,
-ada sekali tu along doa,,
ya ALLAH,, hari ni,, hambaMu rehat utk meminta,,
kerana malu akan sikap diriku yg meminta dgn penuh penghayatan,,
malangnya bersahaja ketika senang,,
maka aku berSYUKUR padaMu atas semua nikmat pemberianMu...
"hari ini aku khaskan utk aku memanjatkan kesyukuran"
=)
ape2 je lah along ni,,
tapi,, itulah dini ini,,
itulah yg ku fikirkan...

kita nampak harta dan wang shj sbg nikmat,,
ya ALLAH,,
kesihatan,, bahagia,, aman tenteram,, boleh makan,,
bukankah semua itu nikmat..?
-alah,, itu nikmat kecil,,
"kepala abah kau nikmat kecil" =.=' padan...
mana ada kecil wahai teman,,
cuba nikmat itu ditarik,,
jgn kata nikmat kesihatan,,
tercucuk duri atau selumbar dah meraung,,
dah rasa xselesa,,
inikan pula sakit terlantar...

bagi mereka yg senasib dgn saya,,
sederhana,,
atau mungkin mereka yg kurang dari sederhana,,
kita tidak perlu malu,,
kita harus bersyukur...
-kenapa..??
1) cabaran utk kita berjaya lebih besar,, insyaALLAH nikmat kemanisan
kejayaan kita nanti lebih ranum,, lebih dari mereka yg sedia ada kaya,, berada..
2) kita perlu lebih berbangga,, "aku hanya anak seorang petani/penjual kuih/
tukang kebun/nelayan tetapi alhamdulillah hari ini aku menjadi seseorang...
3) kita nanti insyaALLAH akan lebih menghargai nikmat kesenangan,, kerana
kita sudah kenal erti kesusahan..

along petik kata2 seorang tokoh,,
"lebih banyak kegagalan seseorang, lebih besar kejayaannya"

dan along suka utk menambah,,
"semakin payah perjuangan yg ditempuh,,
semakin manis erti kejayaan yg di gapai"

=)
ya ALLAH,,
ku mohon padaMu,,
kau kurniakan lah ihsan ilmuMu,,
hanya sedikit dari ilmuMu yg luas,,
utk ku manfaatkanya...

moga perjalanan dan perjuangan kita semua mendapat berkat dan
dipermudahkan oleh ALLAH..
amin...

-a little beginner-
(Muhammad Mu'izzuddin bin Zulkapli)

*entry xdisertakan dgn gambar sbb line terlalu slow =.='
=)

nyte2 n salam



cuti dan masa lapang...

salam readers,,
moga semua dlm keadaan sihat sejahtera
=)

alhamdulillah dh 1 minggu along berada di rumah,,
first ingatkan cuti 2 minggu je,,
bila check balek dkt calender,,
rupanya 3 minggu...
=)

bos farmasi ada msg,,
offer part-time,,
"1 minggu pun xpe" katanya,,
alhamdulillah...

tapi,,
along berat hati utk kerja,,
reasons..?
mungkin along nak betul2 berehat,,
cuti 3 minggu sebelum semester akhir depan..
baki masa yg ada,,
along nak manfaatkan dgn membaca dan berfikir...

ape je lah yg along fikirkan..??
he3... mcm org tua je kan..??
mcm2,, hal study,, masa depan,,

cuti ni along seperti biasa,,
habiskan masa di rumah je,,
kereta ayah mmg guna,,
soo,, along 24/5 ddk rumah..
sabtu or ahad baru jalan,,
itu pun area dkt2 je..

=)
keep in touch readers
along nak post entry lepas ni,,
mengenai kaya & miskin..

nantikan,,
nyte2 n salam
-a little beginner-

Sunday, January 5, 2014

-meniti tahun baru-

salam readers
=)

along lewat sedikit utk tulis entry tahun baru,,
mungkin sbb sibuk sedikit dgn demam final exam kali ni..
hurm,,
just share,, 2 paper dah lepas,,
1)plant physiology
2)experimental design n statistical analysis

akan dtg,,
3)molecular biology (selasa)
4)financial
5)operation management

kali ni sakit sikit,, agak besar dugaan,,
along rasa nak cepat je habis degree ni..
mungkin sbb diri ni kurang berjaya mengurus masa dgn baik..

_________________________________________________________________

Muhammad Mu'izzuddin bin Zulkapli,
tahun kian bertambah,
diharap semoga diri semakin matang,
amalan makin meningkat,
"be a better man",, inshaALLAH

tahun ni tolong ye muiz,,
=(
1)tolong jaga solat,, anda bukan budak kecil lagi..!
2)tolong kurangkan malas
3)tolong jgn study last minute
4)tolong keluar dari kepompong,, zon "malaslah" dan hanya banyak bercakap..!

i need U to know  muiz,,
-anda berupaya menjadi lebih baik (agama, pelajaran,dsb) cuma MALAS anda
amatlah mengecewakan...

-macam mana nak kejar impian jika study a day before exam/quiz..!! xtolak sempat
main game,, movie,,
lepas tu kau terhegeh2 minta pada ALLAH,,
mana boleh mcm tu muiz,, USAHA dan TAWAKKAL baru lengkap apa yg ko
pegang selama ni..

-come on man,, U can do more than this..!!
-aku cabar kau (muiz),, ni semester depan,, Semester 6,, semester AKHIR..!!,,
kau asyik tulis entry,, "along x all out" (dalam study),,
-cuba ko tunjuk "all out ko tu"..! jgn asyik BISING je muiz,,
ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS

aku cabar kau "a little beginner",,
bkn niat utk memburukkan,,
utk kebaikan..

jgn lupa nazar yg kau telah tulis..
=) inshaALLAH muiz,, dlm hidup,,
xpernah sesekali ada perkataan terlambat utk perubahan..

ingat,, sentiasa pegang pada agama.
inshaALLAH

-muiz- 5 January 2014