Tuesday, November 26, 2013

Rapat Umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014



salam n a very good evening 
=)

saya ambil kesempatan utk menyuarakan pendapat setelah menghadiri sesi Rapat Umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014

1) Saya agak kecewa kerana kebanyakan calon tidak berani utk menyatakan dasar perjuangan mereka. Manifesto yg dibawa juga rapuh. Kenapa sehingga begitu saya katakan?? Apakan tidak,, ada calon (kebanyakan) yg menyuarakan masalah atau isu tapi sayang tiada idea utk menyelesaikannya,,
contoh,, "mari kita kumpul semua idea bagi menyelesaikan masalah bas" terhenti di situ...
ia amat kabur. Masih saya ingat calon kepimpinan sesi 2012/2013, saudari Intan Zawanah Eshaap,, beliau menggariskan dan memfokuskan masalah berbangkit ini,, dan melontarkan idea beliau agar disediakan "van2 kecil lagi molek" utk meringankan masalah tersebut..
Itu baru saya katakan manifesto.

2) Dalam kekecewaan,, timbul harapan,, 2-3 orang calon "benar2" menyuarakan manifesto mereka.. Suka untuk saya kongsi...

-mewujudkan sebuah lagi cafe di Menara Ilmu atau Ujana Sarjana bagi mewujudkan persaingan kepada cafe di Menara Ilmu. Hal ini difikirkan mampu meningkatkan mutu perkhidmatan cafe di Menara Ilmu dan pada masa yang sama menambah pilihan kepada mahasiswa/i
-hal semasa,, fokus kepada isu kemudahan tandas(mahasiswi) tidak kesemuanya yang dibuka. Bagi menampung kapasiti pelajar, tandas tersebut wajar dibuka.
-Disediakan peti2 aduan dan cadangan dan keterbukaan MPP akan dtg utk turun padang mendengar suara pelajar

3) Menjadi harapan warga kampus, barisan yg akan dipilih benar2 menjadi majlis perWAKILAN PELAJAR MPP (saya capital kan yg penting)..

SYABAS,, saudara/i berani menyahut cabaran dan selamat menunaikan amanah yg diberi..
InsyaALLAH,, kami berdiri dibelakang saudara/i selagi kalian terus berbakti.

buat rakan2 mahasiswa/i,,
"selamat mengundi"